Muffin Pisang Choc Chips

As’salamualaikum dan Salam Sejahtera ….

Buat pertama kalinya Nina beli pisang dan beli extra sebab kalau tak memang tak akan pernah dapat buat cake/muffin yang berasaskan pisang. Kat rumah Nina nie, kalau beli pisang ajer sekelip mata dah licin. Anak-anak Nina memang penggemar tegar pisang. 
Untuk sekian kalinya, dengan sengaja Nina beli dan simpan hanya untuk kegunaan Nina sahaja. Notty kan Nina nie~~~ Hehehe …… 

Dan bermula lah episod Muffin Pisang Choc Chips Nina. Asalnya Nina just agak-agak ajer sukatannya. Berdasarkan resepi muffin yang Nina biasa buat sebelum nie. Alhamdulillah, cubaan pertama Nina menjadi 😉
Suka yang amat. Tak terkata dibuatnyer !! Muffin pisang nie moist sangat ;))

Ok laa… jom tengok resepi nyer ~~~

Muffin Pisang Choc Chips
Resepi : Nina Mirza

Bahan-bahan
1 cawan gula
1 1/2 cawan tepung gandum – di ayak
2 sudu kecil baking powder – di ayak
1 biji telur
1 cawan minyak
1 sudu kecil esen vanilla
1 cawan pisang yang di lecek/lenyek
Choc chips – untuk hiasan atas muffin


Cara-caranya

  • Pisang dilecek  (1 cawan) dan diketepikan 
  • Masukkan gula dalam mangkuk bersama bahan yang di ayak dan kacau rata
  • Dalam mangkuk lain, pukul telur kemudian masukkan esen vanilla dan seterusnya minyak, pukul rata
  • Masukkan adunan telur ke dalam mangkuk tepung dan gula  tadi – kacau rata
  • Kemudian masukkan pula pisang yang sudah dilenyek tadi – kacau rata
  • Masukkan adunan 3/4 ke dalam paper cup
  • Letakkan choc chip kat atas adunan
  • Bakar pada suhu 160c selama 20 minit atau sehingga masak. Bergantung pada oven masing-masing.

Selamat me’muffin’ ~~~

No Comments
  • Amie
    Posted at 12:11h, 19 June Reply

    Cantiknya kejadian muffin pisang tu… ni yang buat tambah semangat nak memuffinkan diri jughak ni…

  • FnF Simple Life
    Posted at 15:00h, 19 June Reply

    comel nye…sama laa…malam td pun sy buat muffin pisang sebab ada tetamu datang… sedap kan…anak2 pun suka makan muffin atau kek berasaskan pisang

  • Nina Mirza
    Posted at 16:07h, 19 June Reply

    As'salam Amie…

    Terima kasih lah yea… sebagai upah, Amie ambil lah 3 ketul tuu yea~~
    hehehe . . .
    Muffin antara menu yang selalu ada kat rumah Nina. Nina suka cara penyediaan
    muffin yang sangat simple, cepat dan mudah 😉

  • Nina Mirza
    Posted at 16:11h, 19 June Reply

    As'salam FnF…

    Ur kids sama lah taste ngan anak-anak Nina. Suka pisang !!
    Tapi mereka lebih cenderung kepada makan begitu sajer ~~~

Post A Comment