• Tentang Nina
  • Contact
  • Arkib
  • Disclaimer

Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Resepi
  • Review
  • Parenting
  • Travel
  • Personal

Resipi Daging Masak Kurma Sedap Simple Mudah

January 10, 2012 by Nina Mirza Leave a Comment

As’salam ….    Resipi Daging Masak Kurma Sedap Simple Mudah

Daging Oh Daging …..
Nabi Muhammad SAW pula pernah bersabda yang berbunyi;
 
Dari Abi Dardaa’ RA, dari Rasulullah SAW, Baginda bersabda: “Makanan terbaik penduduk dunia dan penghuni Syurga adalah daging”. (Hadis Riwayat Ibnu Majah).
 
Banyak pendapat yang telah dikemukakan oleh para Ulama Salaf tentang keutamaan daging dan memakannya. Misalnya, Az-Zuhry berkata memakan daging, menambah 70 macam kekuatan. Manakala Muhammad bin Wasi pula berpendapat memakan daging menambah ketajaman mata. Saidina Ali bin Abi Talib pula pernah berkata:
“Makan daginglah (wahai sekalian) kamu. Kerana yang demikian itu menjernihkan (mencerahkan) warna kulit, mengecilkan perut dan memperbaiki tingkah laku”. Selain itu, Ali juga berkata 

“Barangsiapa yang meninggalkan memakan daging selam 40 hari (berturut-turut), maka akan buruklah tingkah laku (perangainya). Nafi’ pula pernah berkata bahawasanya Ibnu Umar jika dalam bulan Ramadhan, (beliau) tidak pernah lupa untuk memakan daging, demikian juga ketika dalam Musaffir (perjalanan jauh dengan tujuan membuat amal kebaikan).

Tentang Daging lembu atau sapi

Daging lembu/sapi atau kerbau serta yang sekeluarga dengannya, sebenarnya pada azali memang sulit dan sukar untuk dicernai. Ia sebenarnya tidak baik untuk dimakan umum kecuali kepada orang yang sangat kuat akan pekerjaannya dan orang yang dalam profesion pekerjaannya memerlukan banyak tenaga tambahan. Mengikut kajian para professional perubatan, memakan daging lembu/sapi atau kerbau seumpamanya boleh mengakibatkan penyakit kanser, penyakit lepra, penyakit demam campak, penyakit kaki gajah (Elephant Foot Disease), penyakit waswas serta memudahkan pembekuan darah yang mampu menyebabkan pembengkakan yang kronik.

Ini semua berlaku apabila daging lembu yang dimakan tidak dicampurkan dengan
rempah-ratus yang mampu mengatasi masalah ini daripada berlaku misalnya cili, lada putih/hitam, bawang putih, bawang merah, jintan, kayu manis, ketumbar, halia dan lain-lain.

Selain itu, daging yang hendak dimasak adalah disarankan untuk direbuskan terlebih dahulu bagi membenarkan struktur daging tersebut menjadi lembut dan mudah untuk dikunyah dan dicerna. 

Kepada peminat daging lembu adalah disarankan untuk memakan daging anak lembu kerana adalah lebih baik dari lembu dewasa selain ia mempunyai struktur daging yang lembut, berkhasiat, lazat dan mudah dicerna dengan baik.

Betapa hebat nya kuasa daging!! Tapi mengapa ramai diantara kita yang tak makan daging?? Pasti kerna berpantang larang dalam pemakanan seharian dan takut akan macam-macam penyakit yang datang. Jika cara masakannya betul, tentu banyak kebaikkan dan khasiat yang akan kita nikmati. Percaya lah …
Masak Kurma merupakan antara menu kegemaran Nina untuk daging.

Jom kita tengok resepi Nina 🙂

Resipi Daging Masak Kurma Sedap Simple Mudah

Resipi Daging Masak Kurma Sedap Simple Mudah 

Bahan-bahan
400g daging – dihiris nipis-nipis supaya cepat empuk. Nina perapkan daging bersama serbuk kurma dalam 20minit. 
2 biji bawang besar – dihiris halus
2 ulas bawang putih
2 inch halia
rempah 4 sekawan
4 sudu besar serbuk kurma – dicampurkan dengan sedikit air (jadikan pes)
Air
1 kotak santan
garam dan gula
minyak untuk menumis

Cara-caranya

  • Daging dibersihkan lalu ditoskan
  • Perap daging bersama serbuk kurma dalam 20minit.
  • Panaskan periuk dan minyak
  • Tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga berbau wangi dan keemasan
  • Masukkan serbuk kurma yang dicampurkan dengan sedikit air. Masak hingga pecah minyak dan garing
  • Masukkan rempah 4 sekawan
  • Masukkan air, kentang … masak hingga kentang separuh empuk
  • Masukkan daging … masak hingga daging empuk
  • Setelah itu, masukkan santan dan kacau selalu dan rata .
  • Rasakan dengan garam dan gula secukup rasa
  • Sedia dihidangkan …

Selamat mencuba !! Daging Masak Kurma Simple Mudah

 
 
 
 

Share this:

  • Facebook
  • WhatsApp
  • Twitter
  • Pinterest

Filed Under: Personal, Resepi, Tips Tagged With: Daging, Daging Masak Kurma, Hadis Tentang Daging, Lauk Pauk, resepi mudah, resipi ringkas

  • Antara dendam dan cinta?Sinopsis Drama TERCIPTA SATU IKATAN Full Episod lakonan Aeril Zafrel, Hannah Delisha dan Izzue Islam
    Antara dendam dan cinta?Sinopsis Drama TERCIPTA SATU IKATAN Full Episod lakonan Aeril Zafrel, Hannah Delisha dan Izzue Islam
  • Resipi MUFFIN VANILLA kudapan paling sedap moist, mudah jer buat sendiri
    Resipi MUFFIN VANILLA kudapan paling sedap moist, mudah jer buat sendiri
  • Sebab sakit gigi punya pasal, order Ice Cream Malaysia online! Terbaik laaa
    Sebab sakit gigi punya pasal, order Ice Cream Malaysia online! Terbaik laaa
  • Kupasan realiti sebenar pandemik Covid19 dalam Drama HADIAH DARI TUHAN TV3
    Kupasan realiti sebenar pandemik Covid19 dalam Drama HADIAH DARI TUHAN TV3
  • Kasut Sekolah yang bagus semestinya PALLAS! Beli  Online lagi mudah jimat selamat
    Kasut Sekolah yang bagus semestinya PALLAS! Beli Online lagi mudah jimat selamat
  • Wajib tahu! Tips cara beli EMAS Murah di KEHH pelaburan menguntungkan
    Wajib tahu! Tips cara beli EMAS Murah di KEHH pelaburan menguntungkan
  • Duduk rumah! Beli online jer Baju Sekolah THOMX SCHOOL
    Duduk rumah! Beli online jer Baju Sekolah THOMX SCHOOL
  • Sinopsis Drama BOUGAINVILLEA TV3. Obsesi memusnahkan segalanya!
    Sinopsis Drama BOUGAINVILLEA TV3. Obsesi memusnahkan segalanya!



Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


CARIAN

 

Social Media

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram
  • YouTube

Kelab Blogger Ben Ashaari

BACA NI LAK!

  • Harga pasaran Samsung Galaxy S21 5g dan Samsung S21 5g Ultra
    By : Ben Ashaari
  • RESIPI KEK PISANG
    By : Tiffin Biru
  • RMHC Malaysia Sumbang RM100,000 Kepada 50 Rumah Anak Yatim Di Seluruh Negara
    By : Hafiz Rahim
  • Kelas Tuisyen Online Untuk Si Kembar Tiga
    By : Mama Kembar Tiga
  • MY VISION OF NORWEX CAREER – VISION BOARD 2021
    By : YB Shehan
  • BELI EMAS SETIAP TAHUN DENGAN PAKEJ MENABUNG BERSAMA KEDAI EMAS HAJJAH HALIJAH
    By : Saidila Lifestyle
  • Dah Bayar Zakat Perniagaan Ke Tu? Jangan terlepas Info ni..!
    By : Sohoque

Archives

© 2021 · NinaMirza.com · Setup by Hafiz Rahim & eXplorasa