Kek Batik Milo Sedap nya…

As’salam buat Semua …  Salam Jumaat .. …  Dari sebelum subuh hingga kini cuaca sejukkkk ajerr … Hujan membasahi bumi. Syahdunya rasa seolah-olah menyambut kedatangan Ramadhan yang bakal tiba lagi beberapa hari. Betapa indahnya suasana menyambut Ramadhan …. tenang lagi nyaman … Resipi Kek Batik Milo Sedap Mudah

Kelmarin Nina ada buat Kek Batik dan baru hari nie berkesempatan nak upload. Memang dah lama tak buat Kek Batik … Kebetulan kawan lama minta Nina buatkan untuknya. Peluang laaa untuk Nina, hubby  dan anak-anak makan lagi Kek Batik kesukaan mereka.  Kawan Nina minta separuh adunan ajerrr … Lagi separuh Nina belasah laaaa !! eheheee …. Ada balance utk Hubby bawa ke Office sikit …. untuk kengkawan katanya.

Kek Batik Milo Sedap

Sudah tentu ramai yang sedia maklum resipi & cara-cara membuat Kek Batik nie … Tapi Nina share juga di sini buat mana yang ingin tahu cara Nina. “Sharing is Caring” … 

Kek Batik Milo Sedap

Resipi Kek Batik Milo Sedap Mudah

Bahan-bahan
3 Biji Telur
Buttercup 250g
Milo paket kecil 200 g
3/4 tin susu pekat manis
1 1/2 pack Biskut Marie
Cara penyediannya
1-  Pecahkan biskut marie kepada 3-4 bahagian dan ketepikan dahulu
2-  Masukkan dalam blender semua bahan kecuali Biskut Marie. Blend hingga sebati
3-  Tuang kesemuanya yang telah blend di dalam kuali/periuk . Masakkan bahan tersebut. Pastikan api kena kecil/ perlahan. Sentiasa kacau tanpa henti supaya tak hangus. Masak hingga likat. (kepekatannya akan nampak pabila adunan terputus-putus bila diangkat. Bukan mengalir macam air….)
4-  Dah pekat, likat tutup api. Rehat sebentar ..
5-  Masukkan pecahan biskut dan gaul sehingga sebati. Masukkan ke dalam bekas, dan tekan sehingga mampat
6-  Sejukkan ke dalam peti ais,
7-  Dah sejuk boleh potong dan ngapp..hehehe
 Kek Batik Milo Sedap Mudah

selamat mencuba …. senang ajerrr !!!

untuk tempahan

** jika ada yang berminat nak tempah :::: 600gm++ = RM35
kos penghantaran kira lain. Pick up area kat Petronas Giant Batu Caves KL
Update terkini : Sorry sorry . . . .  Kita dah tak ambik tempahan dah. Kekangan masa cemburu ngan kita. Korang try laaa buat eh, senang jer!  Cuba cuba, dah jadi aura dia lain macam sedap dia nanti. InsyaAllah.. Kot nanti korang lak boleh buat bisness ker kannn? Rezeki tuu

11 Comments

Post A Comment