Resepi Kek Pisang Gebu Moist Sedap

Resepi Kek Pisang gebu, moist, lagi mudah. Sedap nya ….

As’salamualikum dan Salam Sejahtera… Alhamdulillah, Jumaat kembali lagi… Selalunya hari Jumaat kita biasa nampak orang bersedekah pisang kat masjid atau di kedai makan. Kenapa pisang ehh? Hurmm… Entah laaa… Nina pun tak tahu! Hehee . . . . Sila tanya pada mereka yang bersedekah kenapa mereka bagi pisang. Namun, dengan bersedekah ianya umpama memadamkan dosa sepertimana air memadamkan api. Hebat kan..??

Memandangkan kat rumah Nina ada agak banyak stok pisang, maka dengan rela hati ku gagahi, ku  tempuhi onak ranjau yang berduri menyediakan Kek Pisang untuk santapan keluarga. Chewah…. Berpuitis lak hari ni. Haha . . . Poyo!

Kali ni Nina kongsikan resepi yang amat mudah, cepat dan sedap! Moist gitu … Sukatan cawan aje. Mudah kann? Tak de mixer pun boleh buat. Boleh pakai blender… Tak de oven pun boleh buat, boleh kukus. Best kann… Yang penting bahannya kena ada pisang! Haruslah kann…?? hehe…

Sebelum ni Nina dah pernah share resepi yang mudah juga. Cepat siap! Resepi Kek Pisang Viral Moist Gebu Sukatan Cawan yang ni korang wajib cuba tau! Cuma resepi kek Pisang Gebu Moist kali ni lagi menepati citarasa Nina sekeluarga.  Selain kek Pisng, kalau ada extra pisang kat rumah, Nina suka gak buat  Resepi Apam Gebus Moist dan kadang terlebih rajin Nina bikin Resepi Lepat Pisang MudahPaling malas, buat bubur/pengat aje… Malas lagi, Ehh …. Tak rajin, tak kuasa sila dimakan begitu saja! hahaa . . . .

Ok, sebelum Nina meneruskan bebelan macam mak nenek, jom tengok resepi Kek Pisang Gebu Moist Nina.. Zasss

Resepi Kek Pisang Gebu Moist Sedap

RESEPI KEK PISANG GEBU MOIST SEDAP

Bahan-bahan
8biji pisang emas
¾ cawan gula
2 cawan tepung gandum
2 sudu the soda bikarbonat
Secubit garam halus
4 biji telur
½ cawan minyak jagung
 
Hiasan
Coffee chips
Almond nibs
 
Cara penyediannya
1-.  Ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan garam halus lalu satukan – ketepikan
2-.  Pisang dan gula disatukan lalu dilenyek – ketepikan
3-.  Dalam bekas besar, pukul telur dengan mixer (kalau tak de blender pun boleh) sehingga berbuih
4-.  Kemudian masukkan kesemua alam bekas telur tadi. (Bahan yang di ayak, pisang dan gula yang dah dilecek dan minyak) Pukul rata kesemuanya. (yang tak de mixer tuu, kacau aje pakai senduk sampai semuanya rata sebati). Biar dalam 10minit
5-.  Panaskan oven pada suhu 180c. Kemudian masukkan adunan dalam papercup. Hiasakan dengan coffee chips dan almond nibs. Bakar selama 20 minit atau sehingga masak bergantung pada oven masing-masing. (Kalau tak de oven, kukus pun boleh)
6-.  Sedia dihidangkan…
Ok, sampai jumpa lagi …. Nak mengadap kek pisang gebus moist ni. Pekena sama kopi o kaw memang syiokkk ..!!
Related Post
Harta Pusaka Nenek
Harta Pusaka Nenek

Setelah sekian lama di perantauan akhirnya Rahmat pulang ke kampung untuk berjumpa dengan neneknya.Nenek : "Rahmat, nenek sudah tidak kuat Read more

Chicken Pox
Chicken Pox

Chicken Pox -  demam cacar  / demam campak Chicken pox yang dikenali dengan nama cacar air, jintungan atau bertih dalam Read more

Shaken Baby Syndrom (SBS)
Shaken Baby Syndrom (SBS)

Kisah yang ingin dikongsi buat semua ....Pesakit terakhir yang kami 'tidurkan' ialah bayi berusia 4 bulan. Bayi tersebut telah disyaki Read more

Paku Di Hati …
Paku Di Hati …

PAKU DI HATI...Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Read more

Please follow and like us:
3 Comments
  • nadia johari
    Posted at 08:49h, 08 April Reply

    Alahaii..sedapnya..hantar kat pandan jaya..hwhehw

    • Admin Comel
      Posted at 09:26h, 08 April Reply

      Alahai Nad…. Ada lagi kalau nak, cuma nak menghantar tu tak done. Cuci mata Nengok tatap aje gambar ni ehh….
      Hehee

  • kak z
    Posted at 16:37h, 11 April Reply

    nina ..please psot masjid tanah..ngidam anak cacing ni

Post A Comment

Follow by Email
Instagram