• Tentang Nina
  • Contact
  • Arkib
  • Disclaimer

Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Resepi
  • Review
  • Parenting
  • Travel
  • Personal

Jom ternak lemak… Macammana nak masak Nasi Lemak yang Sedap

February 13, 2017 by Nina Mirza 9 Comments

Nasi Lemak Oh Nasi Lemak… Ini antara juadah rakyat Malaysia tak kira masa. Ikut suka nak makan waktu bila. Ada yang suka makan Nasi Lemak tuk sarapan, lunch dan ada yang suka pekena nasi lemak waktu dinner. Tak kurang yang suka makan sewaktu lepak midnight malam buta atau supper memang layan. Tapi … Macammana nak masak Nasi Lemak Paling Senang Tapi Sedap ??  Hurmm…

Ada juga Nasi lemak nya biasa-biasa aje rasanya, tapi dah nama nasi lemak kita beli dan makan jer walaupun nasi nya tak berlemak. Kann….? Hurmm.. Nak membebel lebih pun tak guna sebab sekarang ni apa pun mahal. Jual mahal nanti ada yang mengomel up status kat fb laa… Kesian makcik jual nasi lemak yang tak bersalah tu. Berpadanan lah ngan harga iyer tak? Nak sedap sila masak sendiri.. Letak lah 3 bungkus pati santan baru kick lemaknya! hehe…

Kalau makan kat kedai mamak,  memang tak cukup sebungkus! Ciput sangat. Kalau geng, sekali ngap dah settel. Dia makan memang marathon. Laju giler. Pastu part paling bagus, dia makan tak pernah tak habis! Sentiasa licin. Kalau Nina masak banyak, maka . . . Rezeki yang ada tak pernah membazir. Alhamdulillah… Sebab tu kot size dia semakin sihat. Its ok Abang, sayang suka! Janji Abang sihat walafiat.. Muahh…

Sebelum ni Nina masak style Nasi Lemak Emak yang simple tapi kali ni Nina tambahkan halia dan bawang besar. Ternyata dengan kombinasi santan pekat dan bahan tambahan memang uumphhh….!! Kalau tak sedap tak kan orang tuu dok ulang-ulang tambah nasi. Sapa ntah?!

Ok laa… ikut citarasa masing-masing nak sedap kan nasi lemak korang. Yang penting Nasi Lemak yang sedap harus ada santan baru lah berlemak. Berapa banyak lemak nya pula ikut lah selera masing-masing. Sedap tuu kan subjektif 🙂  yang penting idok ler rasa nasi putih semata

 Nasi Lemak Paling Senang Tapi Sedap

Nasi Lemak Paling Senang Tapi Sedap Style Nina

Bahan-bahan 1 kg beras / 4cawan beras
Santan (1cwn beras = 1 cawan santan – 3/4 santan pekat dan 1/4 santan cair)
Secubit garam / 1 sudu teh garam untuk 4 cawan beras
1 sudu minyak masak
1 biji bawang besar
2 inch halia
2 helai daun pandan di simpul

Cara penyediannya
1- Basuh beras sebersihnya. Nina rendam kejap dalam 5-10minit beras bersama sikit garam. Ini untuk nasi tuu nanti lebih lembut. (tak suka nasi keras)
2- Campurkan kesemua bahan dalam periuk nasi
3- Tanak hingga macam biasa hingga masak. Setelah masak, kacau rata dan dibiarkan lagi hingga nasi masak sepenuhnya
4- Sedia dihidangkan bersama sambal, ikan bilis goreng, timun, dan telur rebus.

Senang sangat bila masak nasi lemak gini. Masak pepagi boleh makan tuk sarapan, lunch, dan boleh jer sekali harung tuk dinner sekali. Hambik….!! Ternak lemak sepanjang hari. Erti kata lain, m a l a s  nak banyak banyak kali..!! Hahaha

Kalau orang diet yang makan dok kira kalori tuu, agak-agak lah kan…. sepanajang hari makan nasi lemak gini, korang nak kena lari berapa kali pusing padang ehh..?? Oopss…!! Tak sanggup i you.  Sila bertabah jer laa… Haha

Nasi Lemak Paling Senang Tapi Sedap

Share this:

  • Facebook
  • WhatsApp
  • Twitter
  • Pinterest

Filed Under: Personal, Resepi Tagged With: Nasi Lemak Mudah, Nasi Lemak sedap, resepi mudah, resipi ringkas

  • Komedi Thriller! Sinopsis Drama THE MAID Astro BEST
    Komedi Thriller! Sinopsis Drama THE MAID Astro BEST
  • Antara dendam dan cinta?Sinopsis Drama TERCIPTA SATU IKATAN Full Episod lakonan Aeril Zafrel, Hannah Delisha dan Izzue Islam
    Antara dendam dan cinta?Sinopsis Drama TERCIPTA SATU IKATAN Full Episod lakonan Aeril Zafrel, Hannah Delisha dan Izzue Islam
  • Resipi MUFFIN VANILLA kudapan paling sedap moist, mudah jer buat sendiri
    Resipi MUFFIN VANILLA kudapan paling sedap moist, mudah jer buat sendiri
  • Sebab sakit gigi punya pasal, order Ice Cream Malaysia online! Terbaik laaa
    Sebab sakit gigi punya pasal, order Ice Cream Malaysia online! Terbaik laaa
  • Kupasan realiti sebenar pandemik Covid19 dalam Drama HADIAH DARI TUHAN TV3
    Kupasan realiti sebenar pandemik Covid19 dalam Drama HADIAH DARI TUHAN TV3
  • Kasut Sekolah yang bagus semestinya PALLAS! Beli  Online lagi mudah jimat selamat
    Kasut Sekolah yang bagus semestinya PALLAS! Beli Online lagi mudah jimat selamat
  • Wajib tahu! Tips cara beli EMAS Murah di KEHH pelaburan menguntungkan
    Wajib tahu! Tips cara beli EMAS Murah di KEHH pelaburan menguntungkan
  • Duduk rumah! Beli online jer Baju Sekolah THOMX SCHOOL
    Duduk rumah! Beli online jer Baju Sekolah THOMX SCHOOL



Comments

  1. Anuar says

    February 13, 2017 at 12:50 pm

    Fuh…Sedapnya..
    Ada nampak daun pandan dekat atas nasi lemak tu..
    Cuma warna jer tak hijau macam nasi lemak pandan…

    Reply
  2. Suri says

    February 13, 2017 at 5:47 pm

    Kalau cenggini simple n sedap, mmg syok layan hujung minggu nih.

    Yg risaunya, sekali makan 2 pinggan nasi lemak, duduk kat sofa. Lelap.
    Bangun, pi dapur, makan nasi lemak lagi. Duduk sembang2 menguap balik.

    Ate, bila masa nak shopping barang dapur ? hihi …

    Reply
  3. Mama Kembar 3 says

    February 13, 2017 at 6:31 pm

    Ohh letak minyak masak & rendam beras dulu ye? Tak pernah buat camtu, lepas ni nak try lah

    Reply
  4. Suriaamanda says

    February 14, 2017 at 9:51 am

    sedapnya..kalau dapat buat sambal kerang pun best kan kak…

    Reply
  5. ema says

    February 14, 2017 at 10:33 am

    memang, bila buat nasi lemak..seharianlah makan nasi lemak tu selagi tak habis…

    Reply
  6. nazra says

    February 15, 2017 at 4:59 pm

    wow resepi ni mesti cuba, terima kasih atas perkongsian ^_^

    Reply
  7. Ikhwan says

    February 16, 2017 at 12:39 am

    Sedapnya. Saya jarang makan nasi lemak, nak bakar balik tu lama 🙂

    Reply
  8. YB Shehan says

    February 22, 2017 at 8:27 am

    senangnya.. bila la nak rajin ni. hahahha

    Reply
  9. Azni says

    February 24, 2017 at 12:06 pm

    Eeeiii rajin nya makcik kecik ni.. respek ah!

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


CARIAN

 

Social Media

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram
  • YouTube

Kelab Blogger Ben Ashaari

BACA NI LAK!

  • Jangan kongsi jika tak pasti !
    By : Ben Ashaari
  • RESIPI KEK PISANG
    By : Tiffin Biru
  • RMHC Malaysia Sumbang RM100,000 Kepada 50 Rumah Anak Yatim Di Seluruh Negara
    By : Hafiz Rahim
  • Kelas Tuisyen Online Untuk Si Kembar Tiga
    By : Mama Kembar Tiga
  • MY VISION OF NORWEX CAREER – VISION BOARD 2021
    By : YB Shehan
  • BELI EMAS SETIAP TAHUN DENGAN PAKEJ MENABUNG BERSAMA KEDAI EMAS HAJJAH HALIJAH
    By : Saidila Lifestyle
  • Dah Bayar Zakat Perniagaan Ke Tu? Jangan terlepas Info ni..!
    By : Sohoque

Archives

© 2021 · NinaMirza.com · Setup by Hafiz Rahim & eXplorasa