Walaupun Nina rasa, Nina dah sangat cerewet akan perihal kesihatan anak-anak namun apa yang terjadi baru-baru ini sangat memberi pengajaran dan ilmu untuk Nina.
Benarlah, pengalaman merupakan cikgu terbaik dalam kehidupan kita. Walaupun Nina
Berbesar hati ingin Nina kongsikan antara yang Nina pelajari sepanjang Baby Eilhan kena demam sawan tarik buat pertama kali.
Info : anak-anak Nina yang lain (kakak abang nya) tak pernah kena. Eilhan anak no 4 dan Ini pengalaman pertama buat Nina sekeluarga.
APA ITU DEMAM SAWAN TARIK?
Demam yang berlaku apabila suhu melebihi 38c . Ianya berlaku pada hari pertama atau kedua demam. Umur antara 6bulan ke 6tahun berkemungkinan boleh mengalaminya. Antara tanda atau simptom baby kena sawan tarik ialah kekejangan otot tangan dan kaki mengeras, bibir kebiruan berbuih, mata putih ke atas memandang satu arah sahaja secara tiba-tiba dan banyak lagi…
Baby Demam Sawan Tarik Punca sebab tanda tindakan dan rawatan yang ibubapa harus tahu
PUNCA SAWAN TARIK
Antara punca dan sebab musabab baby boleh kena demam sawan tarik. Ada banyak style bergantung pada individu. Antaranya
– demam suhu tinggi (ada kes demam tak tinggi juga boleh terjadi)
– ada jangkitan dibahagian atas saluran pernafasan atau telinga (otitis media)
– pernah terjatuh dan cedera dalaman terutama bahagian kepala. Mungkin berlakunya pendarahan dalaman.
– cirit birit berterusan sehingga baby dehydration ( kekurangan air, garam galian dalam tubuh badan)
– cuaca persekitaran yang panas melampau. Contohnya ruang bilik yang panas walaupun ada kipas tapi tiada udara keluar masuk – tingkap.
– kekurangan oksigen. Contohnya baby berada dalam kereta pada waktu yang lama walaupun air-cond on.
– kekurangan gula dalam badan. Baby tak mau makan, tak mau minum.
– menangis tanpa henti hingga kebiruan.
– tercekik sesuatu dalam mulut
– genetik. Ada antara family yang punya sejarah pernah kena sawan tarik.
TANDA / SIMPTOM TERKENA SAWAN TARIK
Antara tanda dan simptom baby kena demam sawan tarik.
Ini adalah tanda dan kemungkinan salah satu simptom pun boleh diklafikasikan sebagai sawan tarik.
– kekejangan anggota badan samada kaki, tangan atau kedua-duanya atau juga sebelah anggota.
– mata putih ke atas atau pandangan satu arah tanpa sedar.
– mulut kebiruan permukaan dan lebih parah jika kuku tangan dan kaki juga kebiruan.
– mulut mengeluarkan air liur
– ketap gigi, gigit lidah tanpa sedar
– badan mengigil
– badan/ tangan/ kaki sejuk
– kaki dan tangan mungkin bergongcang tanpa rangsangan
– mungkin terjatuh dengan sendirinya
– tidak dapat mengawal air kencing
– ketara baby tak sedarkan diri. Tertidur dan tidak sedar diri seketika. No respond bila nama dipanggil. Apabila terjaga, juga masih binggung seketika. Kemudian aktif semula
– meracau-racau
TINDAKAN YANG PERLU DI AMBIL BILA BABY KENA SAWAN TARIK
Tindakan yang perlu diambil
– bertenang jangan panik!
– bawa baby ke tempat yang luas. Jangan kerumun. Baby perlukan oksigen dan ruang udara yang secukupnya.
– segera bukakan baju dan seluar atau longgar butang baju.
– segera mengiring kan baby. Sebaiknya ke sebelah Kiri.
– jirus baby dengan air paip (suhu normal) bermula dari kaki ke kepala. Atau tap-tap dengan towel basah.
– jangan goncangkan baby atau tepuk kuat-kuat. Cukup sekadar usapan dan panggilan namanya.
– jika dalam mulut baby ada apa-apa (makanan atau air liur) keluarkan. Jangan biarkan baby telan air liurnya. Kemungkinan mengakibatkan baby tercekik, tersedak, jangkitan paru-paru atau asthma)
– segera bawa baby ke hospital atau klinik berhampiran
– selepas baby sedar, kemungkinan baby sangat mengantuk sebab penat. Biarkan baby tido seketika tapi kerap kejut untuk baby memberi respond. Takut baby terkena lagi semasa tido.
RAWATAN SAWAN TARIK
– Setelah baby sedar, segera bawa baby ke klinik berhampiran atau terus ke emergency hospital
– pihak hospital akan periksa kondisi baby dan memberi rawatan sewajarnya
– mungkin baby akan tinggal dihospital untuk rawatan susulan dan andai ini merupakan kes pertama baby.
– ibubapa perlu persiapkan diri dengan pengetahuan tentang demam sawan tarik ini untuk penjagaan kemudian hari.
** sentiasa pantau suhu baby
** pastikan baby punya ruang udara yang cukup.
** pastikan ubat-ubatan yang diberi pada baby mengikut dos
** periksa klinik berhampiran tempat tinggal samada mereka ada sediakan ubat untuk berhentikan sawan segera. Tak semua klinik ada. (Kalau tak de, akan melambatkan lagi sebab kena pula rujuk dan bawa baby ke hospital.)
** latih ahli keluarga yang lain cara-cara dan tindakan yang perlu diambil bila kejadian berulang.

Ubat demam ini harus sentiasa ada kat rumah. Beri ketika perlu mengikut dos yang betul. Atau bawa anak ke klinik segera bila anak demam. Jangan pernah ada perkataan “nanti dan tengok dulu laaa….. “
INFO LAIN YANG IBUBAPA PERLU TAHU
Soalan wajib yang pihak hospital akan tanya semasa baby menerima rawatan
Ibubapa perlu siap sedia alert akan beberapa situasi semasa kejadian. Catat segera apa yang berlaku
Penting ni..!!
Antara soalan yang akan di tanya doktor
Korang standby jawapan sebaiknya tulis atas kertas supaya nanti doktor akan tanya beberapa soalan dan mudah korang menjawab tanpa mmm… aaa…. eh ehh! Bukan apa, kita mudahkan kerja orang lain, moga segala urusan kita juga dipermudahkan.
Doktor akan tanya
Masa (jam berapa kejadian) / situasi kejadian / keadaan pesakit / tempat kejadian / tindakan selepas kejadian
Adakah baby demam semasa kejadian, dah berapa hari demam dan ada sakit lain (selsema, batuk atau sebagainya)
Bila kali terakhir baby di beri ubat demam (jika ada)
Berapa suhu baby semasa kejadian
Baby sedang buat apa
Berapa lama jangkamasa baby kena sawan tarik. Kurang 3minit / lebih 5minit atau lebih lama
Bagaimana keadaan sawan tarik yang baby anda alami. (samada kejang tangan atau kaki, mulut kebiruan atau sebagainya) – rujuk TANDA di atas
Berapa jangkamasa yang baby perlukan untuk sedar diri
Apa rawatan atau tindakan yang telah diambil
Keadaan baby selepas sedar diri. (mengantuk / terus aktif / binggung atau tidak bermaya langsung)
JANGAN Jangan Jangan | Tolong elakkan
– masukkan benda asing (sudu / jari atau apa-apa sahaja) ke dalam mulut baby semasa baby terkena sawan tarik
– tinggalkan baby bersendirian
– gongcangkan baby untuk sedarkan
– teruskan masukkan ubat demam kat mulut baby semasa baby belum sedar. (selepas baby sedar, baru beri ubat demam)
– JANGAN PANIK! tapi Nina lah yang panik semasa pertama kali baby Eilhan kena…..
Bolehkah ianya berulang?
YA! 30% demam sawan tarik ini boleh berulang. Ini kerana otak dan badan baby dah sensitif dan amat peka pada suhu dan juga keperluan oksigen ke otak.
Adakah ianya akan mengakibatkan kecacatan otak?
TIDAK! — – – – KECUALI – – – —–
apabila sawan tarik ini berlaku melebihi 15minit. Sebab itu, harus ke Hospital sesegera utnuk rawatan selanjutnya
Adakah ia boleh mengakibatkan epilepsy?
Hanya segelintir kanak-kanak yang mendapat sawan demam berulang-ulang dan berpanjangan berkemungkinan mendapat epilepsy.
Sentiasa rujuk pada pakar.

Alhamdulillah …. sejuk hati ini bila lihat anak dah sembuh dan sihat semula. Gembira yang tak terluah dengan kata-kata. Gerenti laaa Mak-mak hati tisu macam Nina akan merasai nikmat yang sama.
Moga perkongsian ini memberi manfaat bersama
Jutaan terima kasih buat pihak Hospital Port Dickson di atas kerjasama dan layanan baik sepanjang baby Eilhan menerima rawatan di sana. Terutama sekali doktor dan nurse yang banyak memberi segala informasi dan tidak jemu menjawab persoalan bertubi-tubi dari Nina…..
**** nak jadi dooktor tak layak daaaa, sekadar nak jadi doktor peribadi buat anak-anak dan keluarga jer~
jadi laaa… hehee****
Kalau ibubapa punya pandangan atau apa-apa penambahan info, bolehlah kongsikan bersama disini..
Kita doakan semoga anak-anak kita dijaukan dari segala musibah dan semoga mereka cepat sembuh. Aamiin…
Baca : https://ninamirza.com/2019/08/20/allahu-eilhan-bangun-sayang/
info sangat baik.apapun bagus jika anak nampak tanda2 demam,cepat_cepat dptkan rawatan kan.biar pakar tengok.
Assalamualaikum Nina.. Anak saya pun mengalami situasi yang sama. Memang panik coz awal pg dia tidak demam. Tghr baby sister call gtau panas. Belum sempat saya ambil nak bagi ubatvdah kena sawan tarik. Mudah-mudahan ianya tidak berulang lagi untuk kita..
asalamualaikum puan nina anak sya pun mengalami hal yang sama hingga sampai sekarang baby sya masih kat hospital dah 3 bulan lebih kat hospital…boleh kan puan nina berkonsi kan dengan sya masalah pesakit sawan…
Assalamualaikum puan, terima kasih di atas info yg amat bermanfaat buat saya, anak saya sekarang sedang menerima rawatan, sy ingin memahami lebih mendalam tentang masalah ini yg telah berlaku pada anak saya, berkat info puan hanya Allah Taala sahaja dapat membalasnya amin. Terima kasih puan.
Wa’alaikumussalam
Sama-sama kembali
Aamiin…
Semoga dijauhkan kejadian sama berulang kembali…
Alhamdulillah.. terima kasih pn. Nina.. info yang sgt2 berguna.. baru je terjadi kt anak malam tadi.. anak xdemam.. tp suddenly happen lps je ank habis susu terus tiba2 kejang.. check temp pn 37.3°c… tp lepas tu dia on off temp naik 38°c to 39°c. Semoga anak sihat dan xberulang semula.. andai antara sebabnya faktor genetik.. sye sendiri prnh mengalami sawan semasa baby.. semoga Allah permudahkan dan dijauhi dari perkara yang xelok.
Sama-sama kembali Puan Ziela
Kita sama doakan agar ia tak berulang lagi. Risau sangat kan…. sabar ya
Thanks info…dah terkena barulah baca info ni…mohon shere…
bila baby demam panas tlong sentiasa cek suhu. sentiasa lap anak dgn air asam jawa tuk hilangkan pnas bdan. terutama bhgian kepala. ibu kena rajin buat.
Assalamualaikum….sy di sini hanya mahu berkongsi pengalaman..sewaktu sy kecil sy pernh mengalami sawan jenis ini..mula2 sy mengalami demam panas sehingga 40℃..tetapi disebabkn sy terlewat menerima rawatan menyebabkan sy mengalami sawan ..sy dimasukkn ke hospital hampir 3 bulan dan dc dah bercadang mahu mengambil air tulang sum2 sy..tp ibu bapa sy x benarkn dan mahu berubat cara kampung..alhamdulillah..kini sy dah sembuh…dc sendiri terkejut apabila dimaklumkn bahawa sy dah sembuh kerana dc kata sy ketika itu mmg tiada harapan untuk hidup..tp dgn kuasa Allah segala2nya boleh terjadi..pengalaman itu mmg merupakn mimpi ngeri bg kedua org tua sy..dan kini setiap kali sy demm ibu sy sentiasa berjaga2 bimbang kejadian lampau terjadi lg walaupun kejadian tu dah 18 tahun berlalu…apa yg sy nk tekankn di sini..x usahlah kita mengeluh dgn apa yg terjadi dan teruskn usaha untuk cari penawar bg penyakit ini..paling penting lg..teruskn berdoa kepd Allah agr diberi kesembuhn untuk penyakit ini..jgn pernh putus asa brdoa kpd Allah..Allah dah berfirman bahawa sesungguhnya setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati..
Buat rawatan traditional di mana? Boleh share info?
Dimana yr blh dapatkan rawatan tradisional??
Salam..hai sis
.nk t ny..ms baby terkena.sawan tu,nk jirus air tu air biasa or air suam?
Info yg sangat2 berguna.
assalamualaikum,
selama nie sya hanya baca n dngr jew kisah ank2 kne sawan tarik n bila kne kat dri sendri yang anak kne sawan tarik trus panic,ase cm nk luruh jngtung,spruh smngt pergi mlyang n ingt ank dh x dek bila tngk bbir die pucat kebiruan,hanya Allah je tau mse 2 keadaan cmne….hrp sngt lpas nie x jd dah n mng kne priksa sokmo bdn,ktiak n leher ank tkt dmm smle…