As’salamualaikum dan Salam Sejahtera… Hari nie adalah hari ke-3 persekolahan. Dah lama cuti sekolah dan masa santai-santai telah pun tamat! Rasanya mostly ramai ibubapa yang cuti sejak hari pertama sekolah hingga ke-3 atau pun ada yang hingga seminggu kan? Nasi Ayam paling ringkas cepat mudah
Yelah kan, sapa yang sanggup lepaskan saat indah ini…
Memang kat kantin penuh sesangat dengan ibubapa yang turut sama temankan anak-anak. Macam-maacam gelagat ada… Ada yang menangis, muka nervous, selamba, ngantuk-tak cukup tido dan ada juga ibubapa yang dok pesan macam-macam pesanan dari penaja~
Resepi Nasi Ayam paling ringkas cepat dan mudah
Nak buat Nasi Ayam Nina – memula kita kena sedia kan supnya dulu. Kalau nak ringkas macam Nina just rebus ayam sampai separuh masak. Semuapun masuk jer dalam periuk. Tak perlu tumis bagai….
Nanti air rebusan ayam tu masukkan dalam periuk nasi untuk buat nasi nya pula.
Untuk nasi pun Nina tak der tumis…
Ayam pula, tak der nak perap memerap…. ringkas dan mudah 🙂
SUP AYAM
5 part whole leg dicuci bersih
air secukupnya
3 inc halia – dititik
2 sudu besar serbuk sup
garam secukup rasa
** kalau nak lagi sedap, tambahkan 2-3 ketul kiub Ayam Knorr** Terpulang… Selalunya Nina tak letak
Cara penyediaan Sup Ayam :-
1- Masukkan air dalam periuk bersama halia dan serbuk sup
2- Air mendidih, masukkan ayam masak sampai separuh masak.
3- Rasakan sup dengan garam secukup rasa.
4- Toskan ayam letak tepi.
Ok … dah siap sup ayam, kita prepare ayam nyer pula.
AYAM GORENG
Setelah ditoskan, tabur sikir garam atau perasa. Nanti goreng dengan api sederhana dengan menggunakan minyak yang banyak. Ala-ala deep fried gitu …
Dah sejuk sikit, ketuk macam kat kedai tuu pastu potong-potong. Time panas jangan diketuk, nanti ayam tu hancur.
NASI AYAM
4 mug beras
4 1/2 mug air rebusan ayam (sukatan air ikut macam masak nasi biasa)
2 inci halia – diketuk jer
2 helai daun pandan
4 sudu minyak masak
Cara penyediaan Nasi Ayam Nina yang Ringkas :-
1- Bersihkan beras dan rendam seketika. Letak garam sikit. Nina rendam dalam 15minit. (tak nak rendam pun tak apa – just tips) Nina rendam supaya nanti nasinya lembut, besar dan cantik. Masak nasi biasa pun Nina buat gini kalau ada masa.
2- Kemudian, toskan beras dan masukkan air rebusan ayam bersama halia, daun pandan dan garam secukup rasa dan minyak masak. Kalau nak, masukkan sikit serbuk kunyit. sikit jer~
3- Tutup periuk nasi. Tanak nasik seperti biasa hingga nasi masak.
CILI SOS
Tumis halia dan bawang putih. Kemudian masukkan cili sos kegemaran dan sikit air rebusan ayam tadi. Tambahkan sedikit gula jika mahu. Masak hingga mendidih. Siap!
Tuang atas ayam goreng tadi.
KICAP
Nina guna kicap Jalen Lemak Manis ajerrr…. senang kan….
SAMPINGAN
Timun, tomato (tak nak letak pun ok. Nina & MyGang jerrr pun yang makan)
Dah ready semua…. Sediakan plate, senduk nasi, letak ayam yang dah ketuk dan potong, curah sikit cili sos, sipikan timun dan tomato. Ceduk kuah sup tabur bawang gorengEilman tak suka! dan daun sup sikit. Daun ketumbar letak banyak-banyak. Nina suka daun ketumbar!! Ready to eat~~ ringkas kan?
Sambung citer kat kantin tadi-+. mostly kengkawannya ada bisik-bisik kata “Aunty, hari nie aunty nampak banyak kan mee goreng nie? Tengok lah minggu depan, RM1 nie sikit jerr….. Nie banyak sebab minggu nie ramai ibubapa ada kat sekolah”
pinjam resepi yang.. hihi.. anak-aank i suka makan nasi ayam, tapi nak resepi yang simple dimple macam u buat ni.. menarik..
Lia ummiirfan,
Kalau nak pinjam Nina x benarkan….. Tapi, Nina kasi terus resepi.nie… Hehee
Selamat mencuba yea. Moga resepi Nina nie menepati citarasa Lia and family 😉
Dan mempermudahkan kerja masak memasak Lia.
sedap nampak nasi ayam tu nak sikit hehehehe..
Eny, memang sedapp nie!
Alamak! Dah licin laaa…..next round Nina simpankan tuk Eny yea 😉