• Tentang Nina
  • Contact
  • Arkib
  • Disclaimer

Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Resepi
  • Review
  • Parenting
  • Travel
  • Personal

Banoffee Pie Cake for EilYana birthday

October 3, 2014 by Nina Mirza Leave a Comment

As’salamualaikum dan Salam Sejahtera

Happy Birthday to you Eilyana Mirza binti Azlan yang ke-5
Syukur Alhamdulillah…. (dah lepas lupa nak publish) kekurangan DHA Nina nie….
29/9/09 Lahirnya anugerah ke3 buat family Nina. Baby girl seberat 2.6kg dilahirkan normal pagi dalam jam 830am
Malam sebelumnya hati tak berapa tenang tapi tak tahu kenapa. Nina biarkan ajer.. .. Maybe pasal esoknya Isnin kena keje kot. Biasalah mood Monday Blues~
Sekitar jam 630am perut mula memulas-mulas. Sakit perut kot aka makan banyak! Lepas bye bye Eillya naik van gi sekolah, Nina nak bersiap-siap utk pegi keje. Masa nie keje lagi kat damansara. Sakit perut makin menjadi-jadi…

Eh eh… tetiba teringat, nie sakit nak bersalin kot. Memang tengah tunggu hari. Nina pun teringat sakit nak bersalinkan Eilman dulu pun gini juga. Sakit perut dok ulang alik bilik air – membuang segala yang ada dalam perut.
Hati dah mula berkata-kata…. “rasa macam nak bersalin jap lagi nie”
“Abg, tak jadi laaa gi keje hari nie, lepas hantar Eilman kat taska kita gi hospital lah ehh”

Dalam jam 8am Nina sampai kat hospital dan check in detail semua bagai. Ikut prosuder macam biasa, tukar baju, relax dok atas katil, pasang wayar check jantung baby. Time nie sakit contraction dah kerap. Sedang bual sama doctor tetiba air ketuban pecah. Apalagi, doctor suh angkat kaki nak tengok bukaan. Sekali tengok “Nurse, tolak patient labour room. Dah nampak kepala!”
“Puan, nafas ikut hidung hembus ikut mulut yea. Jangan push lagi. Kita bawak puan pegi labour room dulu”
Nina pun ikut laa segala arahan yang diberikan dan berdoa moga semuanya dipermudahkan oleh DIA.
“Puan, husband ada ikut sekali ker? Apa nama dia”
“Ada.. ada .. dia kat luar”
Moga-moga this time MyGang sempat masuk temankan Nina. Harap sesangat MyGang sempat masuk temankan Nina cuz time Eilman dulu tak sempat (Mygang turun gi ambik bag, baju. Pastu tau-tau ajer dah bersalin) Masa Eillya pula Nina c-zer sebab baby breech.

Sekitar jam 830am
Syukur Alhamdulillah Eilyana Mirza selamat dilahirkan. Dan…. MyGang still tak sempat temankan Nina berjuang melahirkan anugerah kami. Apakan daya, MyGang sampai ajer dah selesai push, baby dah nak dibawa ke bilik lain utk pemeriksaan selanjutnya. Kejap jer dapat jumpa MyGang sebab nurse nak jahit apa yg patut so kena tunggu luar… huhuuu . . .

Eilyana Mirza nama diberi. Seorang yang comel, manis, manja, penyayang, cerewet, teliti yang amat ala-ala perfectionist.
Ada sekali tu, selipar dia terbasah kena air, mintak tissue lap selipar sampai kering baru nak pakai semula. Hadoi…. Kadang tu geram dia buatnya. Orang nak cepat jadi lambat nunggu dia! Dan…. Sengal nak tunggu dia habis makan. Bercinta dibuatnya.

Namun, Eilyana pandai berdikari, rajin tolong dan disebabkan ‘perfectionist’nya maka mostly barang kelengkapan sekolah akak dan abangnya dia akan sediakan dan pastikan berkeadaan baik. Tukang check aka tukang report pun dia. Hahaa…!!

Sempena birthday Yana, Nina fikir-fikir nak buat cake apa…
Nina pun dah lama nak cuba buat Banoffee Pie tapi Yana suka sangat Choc Moist Cake. Hhrrmm…. so Nina gabungkan keduanya. Derhaka kat resepi nie agak-agak menjadi ke tak cake tu nanti?! Dup dap dup dappp…


Tadaa….. Ini dia Banoffee Pie Cake!


Sengaja tak tulis nama Yana kat cake tuu…. Yana dah tadika, dah kenal huruf nama sendiri.
Kantoi nanti! Kakak Eillya dah sibuk verangan nak buat surprise untuk Yana. katanya nak tutup  mata Yana, nak gelap rumah lah bagai…. macam-macam plan dia. Mama Abah ikutkan ajer…

Masa Nina deco, Yana ada teman Nina. Dia tanya ini cake untuk siapa. Saja jawab untuk orang lain ada order. So dia pun senyap jerr…. 🙁
Maklumlah, mama nya selalu buat cake untuk  tempahan kengkawan. So dia tak syak apa-apa pun. Tapi …..Kesian tengok, nampak sedih jer  dia… Aduyai sayang…, mama main-main jer

Masa Nina tampal gambar Frozen kat atas cake nie, Yana request >>>
“nanti kalau mama ada ada masa, buatkan cake untuk Yana yea…  Yana nak gambar macam nie…. “
huhuuu . . . mama touching~

Dan akhirnya, malam tu segala yang di plan berjalan lancar. tersenyum simpul cover line 
Yana tengok cake yang ditenung-tenung tiap kali buka fridge rupanya cake dia! 
Yeah yeahhh….. 

Ini lah Eilyana aka Birthday Girl

Ini lak…. Yana with baby Eilhan 



Oopss….!! Lupa pula…. Nak resepi ehh? ada…..
Cumanya resepi Nina akan update bila Nina free nanti ehh
In Sya Allah, ada kesempatan Nina add sekali gambar step by step Banoffee Pie Cake

take care
Daaa….



Share this:

  • Facebook
  • WhatsApp
  • Twitter
  • Pinterest

Filed Under: Personal Tagged With: Ceritera Nina, Ucapan Ikhlas dari Nina

  • TIPS Cara Setting AirCond Penghawa Dingin Jimat Bil Elektrik
    TIPS Cara Setting AirCond Penghawa Dingin Jimat Bil Elektrik
  • Day 5 EGG MAYO SANDWICH Menu Mudah Bekal Sekolah Eilhan
    Day 5 EGG MAYO SANDWICH Menu Mudah Bekal Sekolah Eilhan
  • Day4 NUGGET AYAM HOMEMADE Bekal Sekolah Eilhan
    Day4 NUGGET AYAM HOMEMADE Bekal Sekolah Eilhan
  • BEST SANGAT ke Drama PUJAAN HATI KANDA? TV3 dok ulang tayang.. Lakonan Remy Ishak dan Mira Filzah
    BEST SANGAT ke Drama PUJAAN HATI KANDA? TV3 dok ulang tayang.. Lakonan Remy Ishak dan Mira Filzah
  • Day3 Resipi Mudah PASTA TRAFFIC LIGHT buat Bekal Sekolah Eilhan
    Day3 Resipi Mudah PASTA TRAFFIC LIGHT buat Bekal Sekolah Eilhan
  • Day 2 Bekal Sekolah Eilhan ROTI TELUR MATAHARI
    Day 2 Bekal Sekolah Eilhan ROTI TELUR MATAHARI
  • IDEA Resipi Mudah Bekal  Sekolah Nasi Goreng Pattaya Untuk Eilhan
    IDEA Resipi Mudah Bekal Sekolah Nasi Goreng Pattaya Untuk Eilhan
  • Resipi MUFFIN paling Mudah Sedap menu kudap cepat siap sesuai untuk sarapan atau minum petang
    Resipi MUFFIN paling Mudah Sedap menu kudap cepat siap sesuai untuk sarapan atau minum petang



Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


CARIAN

 

Social Media

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram
  • YouTube

Kelab Blogger Ben Ashaari

BACA NI LAK!

  • Percutian Yang Dirindukan
    By : Mama Kembar Tiga
  • Mudah je jadi MR.MAMA ni !
    By : Ben Ashaari
  • Siapa Percaya Dengan Kain Norwex Dia Memang B****
    By : Saidila Lifestyle
  • RESIPI TART KEJU BUAH - BUAHAN
    By : Tiffin Biru
  • SSD Tak Tahan Lama?
    By : Hafiz Rahim
  • BANTUAN KHAS ANIS DIBUKA UNTUK PERMOHONAN
    By : YB Shehan
  • Dah Bayar Zakat Perniagaan Ke Tu? Jangan terlepas Info ni..!
    By : Sohoque

Archives

© 2021 · NinaMirza.com · Setup by Hafiz Rahim & eXplorasa