• Tentang Nina
  • Contact
  • Arkib
  • Disclaimer

Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Resepi
  • Review
  • Parenting
  • Travel
  • Personal

Sambal Tumis Telur Burung Puyuh. Kecik bukan sebarang kecik tau! Banyak khasiatnyaa….

October 3, 2012 by Nina Mirza Leave a Comment

As’salamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua yang tersayang…. Sambal Tumis Burung Puyuh dan Khasiat

Telur burung puyuh….!! Pasti ramai yang kenal akan telur burung puyuh nie kan… Kecik bukan sebarang kecik tau telur nie kerana sebiji telur burung puyuh nie bersamaan dengan 4biji telur ayam!!! Dasyat kannn… Sapa lah yang sanggup nak makan sekali gus 4biji telur ayam~~ Hehhee…

Telur adalah antara sumber protein yang baik. Menurut satu kajian, pengambilan telur ayam yang bermutu sehari sekali baik untuk kesihatan badan. Sebiji telur mempunyai 75 kalori dan 5 gram lemak  namun begitu, kepelbagaian itu penting.  Terdapat pelbagai jenis protein yang diperlukan oleh badan dalam membesar dan membaiki tubuh manusia. Makan telur adalah mengambil sebahagian daripadanya. Pengambilan protein dari tumbuhan seperti kacang soya dan spirulina dapat melengkapkan jenis-jenis protein yang diperlukan oleh badan manusia. 


Sebiji telur puyuh mengandungi lebih kurang 13 % protein berbanding telur ayam 11% . Telur puyuh baik untuk perkembangan otak kanak-kanak, ibu-ibu yang menyusu baby dan juga ibu-ibu yang mengandung.  Tidak dilupakan bagus juga untuk warga emas. 


Kebanyakkan orang takut nak makan telur burung puyuh nie dengan alasan telur nie tinggi kolesterol! Benar ….!! Tidak dinafikan ….. Sangat tinggi kandungan kolesterol nyer  TAPI kolesterol BAIK (HDL) dan yang paling penting telur ini tiada kelosterol jahat (LDL) So, bagi penggemar telur burung puyuh nie, makan lah dengan senang hati 🙂

Selain dari itu, disebabkan khasiat yang banyak telur burung puyuh ini mudah dilarut, diserap dalam tubuh dan mudah dicernakan dengan sempurna. Lagi pula, telur burung puyuh nie murah dan mudah didapati disekitar kawasan kita tinggal iatu Malaysia. Setahu Nina, kalau kat kawasan Eropah Barat dan  Amerika Utara, telur burung puyuh nie dilabelkan sebagai makanan elit a.k.a makanan mewah untuk orang kaya! Beruntungnya kita~~

Kanak-kanak pasti suka akan bentuknya yang kecil lagi comel. Mostly telur nie dihidangkan dengan cara sambal tumis, sampingan dalam salad, dalam menu Yong Tau Foo dan yang paling ringkas dan mudah – direbus dan dimakan begitu saja~~

Kalau anak-anak Nina pula, terutama sekali yang bongsu Yana akan makan berulang sambil teman Nina kupas kulitnya.  (Actually, dia dok menunggu mamanya kupas kulit then cepat-cepat masuk dalam mulut dia) Hehhee . . .. Sambal Tumis Burung Puyuh dan Khasiat

Sambal Tumis Burung Puyuh dan Khasiat

Sambal Tumis Telur Burung Puyuh
Bahan-bahan
15 biji telur burung puyuh
sedikit garam – untuk merebus
1 biji bawang merah
2 batang serai
cili blend – Nina campurkan sedikit belacan
air asam jawa
garam & gula secukup rasa
minyak untuk menumis

Cara-caranya

  • Telur dibasuh bersih lalu direbus sehingga masak. Masukkan sedikit garam dan beberapa titik minyak masak ke dalam air rebusan. (supaya senang dikupas dan telur tampak cantik lagi licin)
  • Sesudah telur masak, alirkan ke air paip. Kemudian toskan lalu dikupas kulitnya dan ketepikan.
  • Panaskan kuali, masukkan minyak untuk menumis
  • Tumis bawang dan serai hingga kekuning-kuninggan
  • Masukkan cili yang telah diblend secukupnya. (kalau mahukan sambal yang banyak letaklah banyak. Terpulang mengikut citarasa masing-masing)
  • Goreng sehingga cili pecah minyak. 
  • Masukkan air asam jawa, kacau rata hingga mendidih.
  • Rasakan  secukup rasa dengan garam dan gula secukup rasa.
  • Masukkan telur burung puyuh yang telah direbus tadi.
  • Biarkan seketika hingga mendidih.
  • Masukkan bawang potong untuk hiasan.
  • Tutup api dan sedia dihidangkan.

Selamat mencuba! Sambal Tumis Burung Puyuh dan Khasiat







Share this:

  • Facebook
  • WhatsApp
  • Twitter
  • Pinterest

Filed Under: Parenting, Personal, Resepi, Tips Tagged With: Info - kesihatan, khasiat telur burung puyuh, Lauk Pauk, resepi mudah, resipi, resipi ringkas, sambal telur burung puyuh, Telur

  • Komedi Thriller! Sinopsis Drama THE MAID Astro BEST
    Komedi Thriller! Sinopsis Drama THE MAID Astro BEST
  • Antara dendam dan cinta?Sinopsis Drama TERCIPTA SATU IKATAN Full Episod lakonan Aeril Zafrel, Hannah Delisha dan Izzue Islam
    Antara dendam dan cinta?Sinopsis Drama TERCIPTA SATU IKATAN Full Episod lakonan Aeril Zafrel, Hannah Delisha dan Izzue Islam
  • Resipi MUFFIN VANILLA kudapan paling sedap moist, mudah jer buat sendiri
    Resipi MUFFIN VANILLA kudapan paling sedap moist, mudah jer buat sendiri
  • Sebab sakit gigi punya pasal, order Ice Cream Malaysia online! Terbaik laaa
    Sebab sakit gigi punya pasal, order Ice Cream Malaysia online! Terbaik laaa
  • Kupasan realiti sebenar pandemik Covid19 dalam Drama HADIAH DARI TUHAN TV3
    Kupasan realiti sebenar pandemik Covid19 dalam Drama HADIAH DARI TUHAN TV3
  • Kasut Sekolah yang bagus semestinya PALLAS! Beli  Online lagi mudah jimat selamat
    Kasut Sekolah yang bagus semestinya PALLAS! Beli Online lagi mudah jimat selamat
  • Wajib tahu! Tips cara beli EMAS Murah di KEHH pelaburan menguntungkan
    Wajib tahu! Tips cara beli EMAS Murah di KEHH pelaburan menguntungkan
  • Duduk rumah! Beli online jer Baju Sekolah THOMX SCHOOL
    Duduk rumah! Beli online jer Baju Sekolah THOMX SCHOOL



Comments

  1. Marsita yahya says

    October 3, 2012 at 1:43 pm

    Salam kenal, BW and join sini. Mmg ngancam telur cinonit ni..
    http://my-mintroom.blogspot.com/

    Reply
  2. Rohah says

    October 3, 2012 at 2:08 pm

    sedap ni haaa..makan ngan bubur nasi..menambah2 gamaknya..

    Reply
  3. Nina Mirza says

    October 3, 2012 at 4:31 pm

    Salam Perkenalan juga dari Nina
    Terima kasih yea sudi singgah blog Nina yg tak seberapa nie 😉

    Reply
  4. Nina Mirza says

    October 3, 2012 at 4:34 pm

    As'salam Rohah ….

    Oooo … Rohah suka makan ngan bubur nasi ehh~
    Kalau Nina suka ngan nasi panas2. Memang tambah tak perasan
    HAHAHAA….!!

    Reply
  5. CT Delima says

    October 5, 2012 at 9:48 am

    As'salam Nina

    k.ct setahun rasanya makan dan masak telur puyuh ni 2 kali aje. Memang tak percaya masak hanya 10 biji tu pun lambat nak habis. kalau ke pasar tani Shah Alam tu k.ct makan ambil 2 biji saja makan dengan nasi lemak tak boleh lebih bahaya tu hihi

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


CARIAN

 

Social Media

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram
  • YouTube

Kelab Blogger Ben Ashaari

BACA NI LAK!

  • Harga pasaran Samsung Galaxy S21 5g dan Samsung S21 5g Ultra
    By : Ben Ashaari
  • RESIPI KEK PISANG
    By : Tiffin Biru
  • RMHC Malaysia Sumbang RM100,000 Kepada 50 Rumah Anak Yatim Di Seluruh Negara
    By : Hafiz Rahim
  • Kelas Tuisyen Online Untuk Si Kembar Tiga
    By : Mama Kembar Tiga
  • MY VISION OF NORWEX CAREER – VISION BOARD 2021
    By : YB Shehan
  • BELI EMAS SETIAP TAHUN DENGAN PAKEJ MENABUNG BERSAMA KEDAI EMAS HAJJAH HALIJAH
    By : Saidila Lifestyle
  • Dah Bayar Zakat Perniagaan Ke Tu? Jangan terlepas Info ni..!
    By : Sohoque

Archives

© 2021 · NinaMirza.com · Setup by Hafiz Rahim & eXplorasa